Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.


jihada izzah
Beberapa hari yg lalu, sempatlah tgk satu siaran tv nie..KEMBARA PALESTIN (if x silap) kat Oasis. Sgt menarik siaran nie..dan yg menarik itu, sy kongsikan sedikit di sini...

Ketika zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar menakluki Palestin, terdapat sebuah gereja yang dinamakan "Nativiti" di Betlehem. Gereja ini tidak dibenarkan untuk dimusnahkan. Kedua-dua khulafa' ini menekankan persaudaraan antara penganut Kristian dan umat Islam serta kebebasan beragama. Kesannya, ketika Intifada pada tahun 2000, rejim Tel aviv telah mengadakan sekatan ke atas para pejuang intifada. Para pejuang telah bersembunyi di dalam gereja ini dan mendapat bekalan makanan dan perlindungan dari pihak gereja selama berbulan-bulan lamanya. Pihak gereja juga tidak membenarkan kemasukan rejim Tel aviv ke dalam gereja bahkan tidak sama sekali menyerahkan para pejuang ini ke tangan mereka. Inilah hasil persaudaraan Kristian dan Islam yang telah terbina sejak dahulu.


Gereja Nativiti juga dipercayai merupakan tempat kelahiran Nabi Isa a.s. Sehingga kini, gereja ini masih utuh dan menjadi tumpuan penganut Kristian saban waktu. Benarlah ISLAM itu indah, dan tiada paksaan dalam agama (Al Baqarah 2:256).



Let there be no compulsion in religion: Truth stands out clear from Error: whoever rejects evil and believes in Allah hath grasped the most trustworthy hand-hold, that never breaks. And Allah heareth and knoweth all things.

Ketika di sana, krew penerbitan berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid AL-AQSA. Mereka rasa amat bersyukur kerana berpeluang menunaikan solat bersama-sama rakyat Palestin. Alhamdulillah, rasa syukur, terharu, dan gembira mereka panjatkan pada Allah SWT. Subhanallah, Palestin bumi yang diberkati.

Sesungguhnya,
The virtues of praying in Masjid al Aqsa are exalted:
Abu Darda [ra] is quoted as saying that the Prophet of Allah Muhammad (Sallallaahu Alayhi Wasallam) said, a prayer in the Sacred Mosque (in Makkah) is worth 100, 000 prayers, a prayer in my mosque (in Medina) is worth 1, 000 and a prayer in Jerusalem is worth 500 prayers more than in an any other mosque (Bukhari).

Melalui siaran ini, banyak maklumat mengenai Palestin diperolehi. Palestin, tanah SUCI..
0 Responses

Post a Comment