~Begitu cinta Ilahi kita dambakan...Moga rahmatNya yang melimpah ruah untuk kita hamba2Nya tidak membuatkan kita alpa. Andai berasa jauh, kembalilah kepadaNya. Andai berasa dekat, syukurilah nikmatNya. Kita bukan sesiapa tanpa izinNya~
Dengan kecantikanmu, Kau lebih indah daripada mentari, Sinar wajahmu, Dipancari nur iman yang Hakiki,
Dengan akhlakmu, Kau lebih wangi dari segala haruman, Lebih indah dari segala perhiasan, Perhiasan dunia, Engkaulah yang terindah,
Dengan rendah hatimu, Kau lebih tinggi dari rembulan, Walaupun hatimu di dasar lautan, Tetap disanjung, Setinggi bintang berkelipan, Indah nian menghiasi malam,
Dengan kelembutanmu, Kau lebih halus dari rintik hujan, Renyai membasahi bumi ciptaan Tuhan, Dalam kelembutan itu, Ada jua ketegasan muslimah sejati, Engkaulah mawar berduri,
Maka, Pertahankanlah keindahan ini, Agar terusan menjadi sayap kiri perjuangan Islam, Berjuang Lillahi Taala, Martabat Ad-deen istiqamah dipelihara, Penegak kalimah Allah di muka Bumi,
Timeless
Don’t let it end (no)
Now that you’re right here in my arms where you should stay
Hold tight baby
Timeless
Don’t let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
This is timeless love
Tika ini, diriku terasa betapa indahnya sebuah jalinan yang dinamakan “persahabatan”..ada apa dengan persahabatan?? Begitu suka aku ajukan persoalan “ada apa dengan.......?” hehe...
Persahabatan yang lahir dari hati yang ikhlas pastinya memberkas jiwa. Bukan sehari, bukan setahun,, namun ia kekal selamanya...hingga akhir hayat kali..insyaAllah...
Ada orang suka mencurah rasa pada ahli keluarga.. Namun, tak kurangnya juga yang meluah rasa pada insan2 yang bernama teman.. Sungguh peranan seorang sahabat bukan calang-calang. Seorang sahabat mampu mempengaruhi sahabatnya yang lain. Justeru, jangan salah pilih teman!! Carilah teman yang dapat membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah swt.
Allah berfirman: “Dan janganlah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya.” (al-Kahf: 28)
Rasulullah saw bersabda;
“Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, dikurniakannya seorang teman yang soleh. Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh teman itu.”
Biarlah seorang teman mengasihi sahabatnya kerana Allah swt. Sabda baginda Rasulullah saw lagi;
“Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berkata: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang ziarah-menziarahi karenaKu: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang cinta-mencintai karenaKu. Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang bersusah payah karenaKu. Dan sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang tolong-menolong karenaKu.”
Terima kasih teman-temanku... Aku bahagia punya kamu disampingku.. Walau jauh beribu batu, kau tetap diingatanku, tersemat dalam sekeping hati insani... Moga Allah merahmatimu...
Kata Imam al-Ghazali, jika cinta yang sekadar dapat dicapai dengan pancaindera yang 5 – deria sentuh, bau, lihat, dengar, rasa – maka itu belum cinta yang hakiki. Hanya cinta yang dapat dirasa dengan deria keenam (hati), barulah ia cinta yang hakiki.
Hakikatnya, itulah cinta yang dialirkan ALLAH ke dalam hati. Ia lahir dari dalam ke luar, bukan sebaliknya. Ia bukan dari mata turun ke hati, tetapi dari hati turun ke mata dan lain-lain anggota. Itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta inilah yang dikhusukan buat manusia sesuai dengan martabatnya sebagai makhluk yang paling sempurna. Cinta ini bukan diukur menurut pandangan mata kepala, tetapi mengikut pandangan mata hati. Cinta itu datang dari ALLAH dan diberi sebagai bekal untuk mendapat kecintaan ALLAH.
Imam al-Ghazali menyenaraikan beberapa jenis cinta, yang semuanya sewajarnya ‘pulang’ kepada Pencipta cinta – ALLAH:
Cinta kepada kesempurnaan dan kekekalan diri
Setiap manusia cinta akan kekekalan dan kesempurnaan dirinya. Tiada siapa pun yang mahukan kekurangan, kebinasaan, dan kematian. Walaupun diri mencintai orang lain, hakikatnya cinta itu pulang kepada dirinya. Sebagai contoh, cinta ibu pada anaknya, kerana inginkan kelangsungan keturunan buat dirinya. Justeru, siapa yang kenal diri dan mengenal ALLAH, maka dia pasti mencintai ALLAH justeru kesempurnaan dan kekekalan hidup adalah bersumber dari ALLAH jua.
Cinta kepada sesiapa yang berbudi
Hati manusia akan jatuh cinta pada sesiapa yang berbudi kepadanya. Umpamanya, kepada yang member wang, harta, sokongan dan nasihat kepadanya. Maka, jika kita cinta pada orang yang berbudi, tentu kita akan jatuh cinta kepada ALLAH kerana hakikatnya semua budi yang diberikan oleh manusia datang dari ALLAH.
Cinta kepada seorang budiman walaupun budinya tidak dirasai
Manusia boleh jatuh cinta pada orang yang baik walaupun dia sendiri tidak merasai kebaikan orang itu. Contohnya, jika diberitakan kepada kita seorang hartawan, negarawan, atau bangsawan yang sangat pemurah kepada fakir miskin, anak2 yatim, dsb.. secara automatik kita jatuh cinta pada orang itu walaupun kita tidak merasai pemberiannya. Siapa tidak cinta pada Saidina Abu Bakar yang kita tahu begitu tinggi budinya? Hakikat ini mewajarkan kita mencintai ALLAH kerana kita tahu DIAlah yang menaburkan nikmat dan kebaikan kepada seluruh manusia.
Cinta kepada sesuatu yang indah
Semua orang cinta pada yang indah. Cinta pada keindahan terbahagi kepada dua: Pertama, cinta pada keindahan yang terjangkau dek pancaindera – bau, rasa, penglihatan, sentuhan, pendengaran . Kedua, cinta pada keindahan yang hanya dijangkau oleh hati. Cinta pertama adalah cinta kelas bawah kerana ia dapat dijangkau oleh kanak-kanak dan haiwan manakala cinta yang kedua adalah cinta ‘kelas atas’ yang dapat dijangkau oleh manusia yang punya mata hati. Mata hati dapat melihat yang tersirat disebalik tersurat, dapat melihat Pemberi nikmat di sebalik nikmat…. Jika benarlah kita mencintai keindahan, maka kita pasti mencintai ALLAH. Sayangnya, ramai yang kagum dengan keindahan alam yang memang indah, tapi terlindung dari ‘melihat’ keindahan ALLAH yang jauh lebih indah. Rasulullah saw telah bersabda;
“ALLAH itu indah, dan cinta pada keindahan.” (Riwayat Muslim)
Cinta seseorang atau sesuatu yang serasi (secocok)
Manusia akan jatuh cinta kepada sesuatu atau seseorang yang serasi dengannya. Misalnya, orang yang mempunyai hobi yang sama akan suka berdamping dengan orang yang mempunyai hobi sama dengannya. Ahli ilmu dengan ahli ilmu, golongan professional sesama professional. Yang saling mengenal akan serasi, yang tidak mengenal akan menjauh, begitulah adatnya…
Jika diamati, sifat2 kesempurnaan ALLAH sebenarnya sangat serasi dengan jiwa manusia. Ketika ditimpa kezaliman, hati manusia merintih mahukan keadilan..ketika itu manusia sebenarnya telah merintih kepada ALLAH. Bukankah al-‘Adlu (Maha Adil) itu nama dan sifat ALLAH? Inilah fitrah yang telah di’install’ dalam diri manusia sejak awal penciptaannya. Namun, semuanya bergantung pada sejauh mana manusia itu menjaga dan menyuburkannya lagi.
Mempelajari nama2 ALLAH (Asma’ ul husna) membolehkan kita berakhlak dengan sifat2 ALLAH. Rasulullah saw bersabda;
“Sesungguhnya ALLAH swt mempunyai 99 nama – seratus kurang satu. Sesiapa sahaja yang menghafalnya (mencontohinya), dia akan masuk syurga.” (Riwayat Bukhari & Muslim).
Semakin banyak sifat2 ALLAH yang menjadi akhlak kita sehari-hari, semakin dekatlah kita dengan ALLAH.
Cinta ALLAH adalah cinta yang tertinggi. Cinta hari ini tidak ada atau kurang mantap cinta ALLAH sebagai asas cinta kepada manusia. Atau asas itu ada tetapi terlalu rapuh. Segala yang diidamkan manusia ada pada ALLAH. Bahkan, cinta itu sendiri datangnya dariNYA.Hukama’ ada mengatakan bahawa cinta adalah ‘hadiah’ terbesar daripada ALLAH untuk manusia. Dengan hadiah itu terciptalah perhubungan cinta sesama manusia.
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat2 ALLAH, nescaya kamu tidak akan terhitung”. (Ibrahim 14:34)
~ Time is a companion that goes with us on a journey. It reminds us to cherish each moment, because it will never come again. What we leave behind is not as important as how we have lived. ~