Tidak kuduga, tidak pernah terlintas di fikiran,Mendiami ibu kota,Penuh tanggungjawab, mendidik anak bangsa..Kota metropolitan ini,Walau tidak gah setanding ibu kota London,Cerminan wajah warga kota menggambarkan segala,Tulang empat kerat dikerah demi kelangsungan hidup.Kota metropolitan ini,Moga sentiasa dalam rahmatNYA..
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Akhir-akhir ini, acapkali saya menerima berita kematian. Setiap yang hidup pastikan mati. Lumrah insani yang telah ditetapkan oleh Yang Hakiki. Innalillahi wainna ilaihi raji'un... Yang pergi, membawa bersama amal bakti, namun yang masih hidup, bernafas di muka bumi milik TUHAN, adakah kita sedar bahawa kematian tak mengenal siapa, darjat, mahupun harta? Kesibukan adakalanya melalaikan, Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami..Matikanlah kami pada jalanMu, dalam redhaMu..Amin ya rabbal alamin.

Life is full with unexpected things. Manusia hanya merancang, namun DIA yang menentukan. Begitu juga dengan umurku. Dulu, sewaktu kecil, seringkali aku berfikir, mungkinkah dapat aku hidup sampai usiaku 25 thn.. Entah kenapa, aku pun tak pasti. Semacam ada rasa keinsafan dalam diriku, bahawa hidup adalah pinjaman. Alhamdulillah, DIA lahirkan rasa hati seperti ini yang selalu membuatkan aku sedar bahawa kematian bisa menjengah pada bila2 masa. Rasa hati ini juga mungkin kerana pemergian insan2 yang aku sayangi – atuk, kedua org nenek, pakcik, makcik, & sepupu pada usiaku br mencecah 13 & 14thn. Namun tak aku nafikan, ada kalanya aku terlupa juga hakikat kematian, kerna seharian dengan urusan duniawi.
Hari ini, umurku bertambah setahun lagi... Alhamdulillah, syukurku panjatkan padaNYA.. Terbit rasa syukur yang amat sangat kerna dapat aku merasai nikmat hidup selama 25thn lamanya. Dalam usia itu, banyak aku pelajari......dan ingin aku terus belajar mengenali erti sebuah kehidupan. Semoga diizinkanNYA. Dan sudah pasti, suatu hari nanti, aku juga akan pergi, pergi yang tak kembali.... Moga DIA membimbing aku pada jalanNYA, tiap saat, dalam suka dan dukaku...Aku mohon keberkatan atas umurku, kerana setiap insan akan ditanya kelak untuk apa digunakan umurnya....Wallahua’lam.
Feelings,
It’s hard to define,
So as the heart,
Sometimes feel so close, yet so far away.....
Ridiculous, but couldn’t be help,
Treatment...
Ointment? Oh no..
Diagnosis....
Electrocardiogram (ECG)? Can it work?
Zikr, the perfect one.
The HEART’s related problems remedy.
~Begitu cinta Ilahi kita dambakan...Moga rahmatNya yang melimpah ruah untuk kita hamba2Nya tidak membuatkan kita alpa. Andai berasa jauh, kembalilah kepadaNya. Andai berasa dekat, syukurilah nikmatNya. Kita bukan sesiapa tanpa izinNya~

Dengan kecantikanmu,
Kau lebih indah daripada mentari,
Sinar wajahmu,
Dipancari nur iman yang Hakiki,
Dengan akhlakmu,
Kau lebih wangi dari segala haruman,
Lebih indah dari segala perhiasan,
Perhiasan dunia,
Engkaulah yang terindah,
Dengan rendah hatimu,
Kau lebih tinggi dari rembulan,
Walaupun hatimu di dasar lautan,
Tetap disanjung,
Setinggi bintang berkelipan,
Indah nian menghiasi malam,
Dengan kelembutanmu,
Kau lebih halus dari rintik hujan,
Renyai membasahi bumi ciptaan Tuhan,
Dalam kelembutan itu,
Ada jua ketegasan muslimah sejati,
Engkaulah mawar berduri,
Maka,
Pertahankanlah keindahan ini,
Agar terusan menjadi sayap kiri perjuangan Islam,
Berjuang Lillahi Taala,
Martabat Ad-deen istiqamah dipelihara,
Penegak kalimah Allah di muka Bumi,
Engkaulah Mujahidah Sejati....

