Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

jihada izzah

Hari-hari yang berlalu pasti meninggalkan memori yang tersendiri. Ada memori suka, duka, pahit, manis, dll... Segala macam seribu satu rasa kita rasai setiap hari. Begitulah episod kehidupan seorang insani yang menyelusuri denai-denai usia. Tanpa kita sedar, sehari yang berlalu menambahkan usia kita dan juga memendekkan baki usia kita.. Sesungguhnya HANYA DIA yang maha mengetahui, bilakah malaikat izrail datang menjemput kita kembali ke destinasi hidup yang hakiki.

Dalam acu tak acuh, sedar tak sedar, setiap insan inginkan kebahagiaan. Dalam mencari dan memahami erti sebuah kebahagiaan, hati merupakan organ tubuh yang menafisrkan rasa bahagia...Andai gembira, hati kita senang sekali...Andai berduka, terasa begitu berat bebanan hati menanggung rasa perit...Subhanallah, uniknya hati seorang insan. Dapat merasa seribu satu macam rasa yang tidak dapat ditafsir, dibaca oleh pancaindera mahupun mesin2 yang serba canggih pada masa kini...

Sandarkan hati kita padaNya dalam apa jua situasi. InsyaAllah, pertolonganNya pasti ada...Wallahua'alam.

“Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka Allah pasti akan
memberinya kecukupan.” ( Surah al-Talaq 65: 3)