Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.


jihada izzah
Adakah kita kenal untuk terluka?
Seribu satu hikmah tersembunyi di sebalik sebuah perkenalan
Yang pasti, empunya diri tiada bertemu jawapan
Pasrah dan redha meyakini ketentuan Tuhan

Semua ini bukan ilusi bukan jua fantasi
Hakikat realiti bahawa perkenalan semalam adalah memori
Moga yang terbaik buatmu juga untuk diriku
Tulus kuucap terima kasih kerna hadir dalam hidupku