Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.


jihada izzah
Bumi GAZA bermandi darah saban hari,
Tiada belas kasihan Zionis laknatullah,
Mohon doa pada ALLAH Yang Esa,
Moga dilindungi saudara seagama di sana,
Pejuang agama Allah, para syuhada' Palestin,
Agungnya perjuangan kalian,
Menggempur musuh agama tanpa senjata,
Berbekalkan iman di dada,
Kecekalan hatimu tiada tandingan,
Segagah kereta kebal jua tak mampu menggugah imanmu,
Cukup kagum, bila semuanya kerana ALLAH....

Yang batil akan hancur, itu janji ALLAH,
dan janjiNYA itu benar dan pasti terjadi,
Moga ALLAH lindungi GAZA & Palestinians~
jihada izzah
Adakah kita kenal untuk terluka?
Seribu satu hikmah tersembunyi di sebalik sebuah perkenalan
Yang pasti, empunya diri tiada bertemu jawapan
Pasrah dan redha meyakini ketentuan Tuhan

Semua ini bukan ilusi bukan jua fantasi
Hakikat realiti bahawa perkenalan semalam adalah memori
Moga yang terbaik buatmu juga untuk diriku
Tulus kuucap terima kasih kerna hadir dalam hidupku







jihada izzah

Dalam kehidupan dunia yg sementara ini,
Kupohon padaNya agar diberikan aku yang terbaik,
Yang kuinginkan, tidak semestinya terbaik buatku,
Hanya DIA Yang Maha Esa maha mengetahui.....

Yang kudamba telah terpadam sinarnya,
Namun, ibarat pelangi selepas hujan,
DIA gantikannya dengan sesuatu yang tak pernah ku jangka,
Sungguh, 'plan'NYA untukku jauh lebih hebat....
Bersyukurlah duhai diri yang hina,
diri yang tak punya apa-apa,
hamba kerdil yang sentiasa mengharap rahmat kasihNYA,
diriku bukan siapa-siapa tanpa DIA.....
Syukurku kupanjatkan padaMU Ya ALLAH Rabbul Izzati,
Moga Kau membimbingku dalam redhaMU,
Jangan aku lupa segala pemberianMU,
Jangan KAU biar aku leka dengan kehidupan dunia....
Hidupku matiku Lillahi rabbil alamin~










jihada izzah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Setiap yang hidup pasti akan menemui Khaliqnya..Takdir Allah, abah jua pergi meninggalkan dunia yang fana ini pada 10 April 2012/18 Jamadilawal 1433H. Perginya abah tanpa sakit, perginya abah tanpa tanda-tanda kelainan, perginya abah meninggalkan isteri dan 8 orang anak, perginya abah meninggalkan pesanan hidup buat pedoman di dunia dan akhirat, perginya abah bermakna hilanglah kasih sayang seorang ayah pada anaknya, pada isterinya, pada semua yang disayanginya...Subhanallah, ujian Allah ini cukup berat..tatkala hati ini belum bersedia, tatkala fikiran tidak pernah sempat berfikir, Allah menjemput abah kembali kepadaNYA...

Abah, seorang ayah yang sangat baik, sabar mendidik kami semua.. abah bukan seorang yang cerewet pada makan dan pakainya...sangat senang dengan abah...apa yang kami masak abah makan walau kadang-kadang lauk termasin, tertawar... setiap masakan saya adalah untuk abah makan...Ya Allah, saya perlukan kekuatan untuk meneruskan hidup...terlalu banyak untuk dikenang tentang abah, lelaki HEBAT dalam hidup saya..

Abah, dalam butir bicaranya, dalam tawanya, terasa kasih sayangya...marahnya jua demi menasihati anak-anaknya...namun suara abah tidak akan dapat saya dengar lagi walaupun saya amat rindukan abah...abah, seorang yang ada sense of humor...tersipu-sipu malu bila dipuji...bila anak-anaknya dipuji orang, abah hanya tersenyum girang....abah jarang memuji pada kata-katanya, namun pujian itu terzahir pada hatinya....

Abah, sumber kekuatan saya....pemergian abah seakan membawa separuh jiwa saya pergi~ saya anak umi dan abah..walau ke mana jua saya pergi, saya akan beritahu umi dan abah...mohon umi dan abah doakan saya dalam apa jua yang saya hadapi...25 tahun saya mengenali abah, selama itu juga abah menjaga saya....kini, abah tiada....hilang tempat bergantung saya, pada umi saya sandarkan kekuatan....saya tidak kuat....adakalanya saya rebah, empangan hati juga pecah.....takdir Allah, segala yang terjadi adalah rahsia milikNYA...

Ya Allah, aku pohon kekuatan, ketabahan hati, kecekalan untuk terus mengharungi hidup tanpa abah....kuatkanlah hati umi, aku dan adik-adik...tetapkanlah kami pada jalanMU, moga kami tetap istiqamah dalam beribadah kepadaMu...abah, hanya doa dapat along, umi dan adik-adik kirimkan...moga Allah merahmati abah dan menempatkan abah di kalangan orang-orang yang soleh, beriman dan diredhaiNYA...InsyaAllah~ Al-fatihah.