Ada resah yang menyinggah,
Cuba kupadamkan,
Namun tak jua kebah.
Sepalit rasa gundah,
Menghitung waktu yang berlalu pergi,
Andai masa dapat kuundur,
Itu bukanlah realiti,
Yang pasti esokkan menanti,
Selagi aku bernafas di bumi Ilahi.
Ketenangan yang dicari,
Moga hari yang hadir seceria pelangi,
Sesejuk embun pagi,
Seredup mentari senja,
Hidupku kerana Allah,
Matiku kerana Allah,
Ibadahku keranaNya,
Penciptaku yang Agung.