Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.


25
jihada izzah

Life is full with unexpected things. Manusia hanya merancang, namun DIA yang menentukan. Begitu juga dengan umurku. Dulu, sewaktu kecil, seringkali aku berfikir, mungkinkah dapat aku hidup sampai usiaku 25 thn.. Entah kenapa, aku pun tak pasti. Semacam ada rasa keinsafan dalam diriku, bahawa hidup adalah pinjaman. Alhamdulillah, DIA lahirkan rasa hati seperti ini yang selalu membuatkan aku sedar bahawa kematian bisa menjengah pada bila2 masa. Rasa hati ini juga mungkin kerana pemergian insan2 yang aku sayangi – atuk, kedua org nenek, pakcik, makcik, & sepupu pada usiaku br mencecah 13 & 14thn. Namun tak aku nafikan, ada kalanya aku terlupa juga hakikat kematian, kerna seharian dengan urusan duniawi.


Hari ini, umurku bertambah setahun lagi... Alhamdulillah, syukurku panjatkan padaNYA.. Terbit rasa syukur yang amat sangat kerna dapat aku merasai nikmat hidup selama 25thn lamanya. Dalam usia itu, banyak aku pelajari......dan ingin aku terus belajar mengenali erti sebuah kehidupan. Semoga diizinkanNYA. Dan sudah pasti, suatu hari nanti, aku juga akan pergi, pergi yang tak kembali.... Moga DIA membimbing aku pada jalanNYA, tiap saat, dalam suka dan dukaku...Aku mohon keberkatan atas umurku, kerana setiap insan akan ditanya kelak untuk apa digunakan umurnya....Wallahua’lam.

0 Responses

Post a Comment