Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

jihada izzah





Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali". (Riwayat At-tarmizi dan Ad-Darimi).

Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Sesungguhnya, Allah mengangkat kedudukan orang berilmu dan meletakkan martabat orang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti ditegaskan Allah dalam firmanNya yang bermaksud: "Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat." (Surah Al-Mujadalah, ayat 11).

Dalam kita mengejar ilmu keduniaan, jangan kita lupa akan ilmu agama. Dengan ilmu agama, seseorang itu dapat memelihara dirinya dari terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan keseronokan duniawi. Walau apa jua ilmu yang kita pelajari, berniatlah menuntut ilmu itu adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Baginda SAW bermaksud: Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari reda Allah, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Tuntutlah ilmu dengan ikhlas kerana Allah. Moga dengan niat yang baik itu, kita dapat memanfaatkan ilmu yang kita perolehi untuk kemaslahatan sejagat. Wallahua'lam.







0 Responses

Post a Comment